Subscribe Us

header ads

INDAHNYA HIDUP BERTUHAN


Tajuk: INDAHNYA HIDUP BERTUHAN


Penulis: Rohamiah Muda

Berat: 0.24kg
Harga: 20.00

Buku Indahnya Hidup Bertuhan (Berdamai Dengan Takdir 2.0) adalah sebuah buku yang mengandungi kisah ibrah tentang hubungan seorang hamba dengan Tuhannya.

Setiap manusia perlukan kepada satu kuasa Yang Maha Hebat yang boleh menjaga serta melindungi dirinya daripada musibah dan malapetaka. Jadi, kuasa itu adalah Tuhan kita yang satu iaitu Allah Taala.

Sebagaimana jasad yang memerlukan keperluan seperti makanan dan air untuk hidup, begitu juga roh memerlukan makanan untuk ia terus subur. Jika jasad sahaja yang kenyang, manakala roh kelaparan, hidup kita tidak akan tenang.

Jadi, kedua-dua unsur ini mestilah seimbang, insya-Allah, kehidupan kita akan aman. Hidup ini perlu kepada sekeping hati yang kuat dan tabah. Dan, kekuatan ini hanya dapat jika kita sentiasa ada hubungan baik dengan Allah.

Kita sangat perlukan Tuhan dalam kehidupan. Jadikan Dia tempat luahan perasaan. Sebab Dia sangat dekat. Kita tidak akan kecewa jika Allah, kita jadikan tempat sandaran.


Post a Comment

0 Comments