Subscribe Us

header ads

Mengintai Aku Di Neraka


Tajuk: MENGINTAI AKU DI NERAKA.

Penulis : Hadi Fayyadh 

Harga: RM29.90


Malam ini aku berdiri di tebing nan tinggi. Bulan purnama kemilau dengan cahayanya. Bintang-bintang diam bertebaran di penjuru langit.

Aku disini dengan hati yang hancur kernanya.

"Cinta... Mengapa kau pergi ? Di kala ini aku sedang meniti kepayahan untuk melupakan... Jangan tinggalkan aku sendirian... Dukaku sekian lama jangan kau benamkan lagi, aku sudah cukup terseksa.."

Aleeya Qistina berputus asa dengan kehidupan. Tiada harapan mahupun bahu untuk disandarkan. Nekad untuk bunuh diri kian menebal. Namun Malam itu telah merubah segalanya. Pertemuan dengan lelaki melecur wajahnya dan bertatoo itu di disko telah membawa seribu cerita yang menakutkan.

Dia dipertontonkan pelbagai pengalaman aneh di dalam satu malam. Dia menempuh Jarak perjalanan itu yang dirasakan terlalu dekat walhal telah sebulan dia tidak kembali ke rumah.

Apakah situasi yang dia lalui sebenarnya yang dia fikir hanya satu malam sedangkan sebulan dia telah menghilangkan diri.?

Siapakah lelaki yang dia temui? Binatang yang menghantar makanan itu siapakah gerangannya dan banyak lagi kisah misteri aneh yang diceritakan.

Karya @hadi_fayyadh ini adalah hadiah untukmu. Jangan biarkan ia berlalu. JOM DAPATKANNYA.

Post a Comment

0 Comments