
GB0047 : Janji Miftahul Raudhah
Kategori:Novel Remaja
Pengarang : Sayidah Mu'izzah Kamarul Shukr
Tebal : 184
ISBN : 978-983-097-212-1
Harga: RM 15.00 / RM 17.00
Miftahul Raudhah berjanji dengan kakaknya Jannah untuk muncul cemerlang dalam akademik. Apabila kakaknya meninggal dunia akibat
dibunuh oleh seorang wanita yang didakwa menderita penyakit jiwa DID sewaktu menuntut di Glasgow, Raudhah menanam cita-cita mahu
menjadi pakar psikologi. Dia mahu mengkaji lebih mendalam tentang DID dan mahu mengubati ibunya yang mengalami kejutan psikologi selepas melihat jenazah anaknya. Raudhah yang mengambil 14 subjek, tertekan apabila dua sahabatnya Sharon dan Atiqah dapat masuk ke kelas elit untuk SPM sedangkan dia tidak dapat. Raudhah juga menjadi mangsa Tiga Minah Pengacau yang sangat benci dan dengki kepadanya.
Dalam satu insiden, salah seorang Tiga Minah Pengacau iaitu Nuyu,
insaf apabila diselamatkan dari lemas oleh Raudhah. Nuyu menjadi
rapat dengan Raudhah dan mereka berdua bersama-sama Sharon dan Atiqah
bergandingan untuk mengejar keputusan cemerlang. Di hujung cerita, Raudhah
dan sahabat-sahabatnya berjaya naik ke pentas menerima anugerah pelajar cemerlang.
Namun, selepas memenuhi ?janji? pada arwah kakaknya itu, Raudhah mengubah
cita-cita untuk menjadi peguam selepas ibunya sembuh dari kejutan psikologi.


0 Comments