
Judul: Impian Juara 3
Penulis: Zayu Hisham
Tebal: 200 ms
ISBN: 978-983-097-487-3
Kod: GB0292
Harga: RM12.00/ RM 14.00
SINOPSIS:
Putera tergamam. Dia tidak sangka bahawa Pocai sanggup memberi cabaran sebegitu. Dia pun tidak pasti sama ada dia sanggup menerima cabaran
itu atau sebaliknya. Jika benar dia tewas, sanggupkah dia memalukan dirinya sebegitu. Namun jika dia menang, pasti orang terkejut besar.
Juga pada masa itu dia mahu Pocai melutut minta ampun. Putera senyum sendiri.
"Haaah! Senyum apa lagi. Setuju?" Pocai hulurkan tangan tanda persetujuan janji antara mereka.
"Putera takut, Putera takut." Rakan-rakan sepasukan Pocai pula mengejek-ejek Putera. Putera mulai serba salah. Apa yang perlu dia lakukan sekarang. Terima atau tolak.
Ini soal maruah diri.
Tiba-tiba Putera hulurkan tangan persetujuan. Terketar-ketar dia
hulurkan tangan. Betulkah apa yang dia lakukan sekarang ini? Di atas
dasar apa dia bersetuju dengan semua ini. Persoalan yang belum mampu
dijawab lagi oleh Putera. Dia pasrah.
"Ingat! Kejohanan masih berbaki sebulan setengah lagi. Baik kamu
mulakan sekarang." Putera tersentak dengan kata-kata Pocai. Baru dia
sedar bahawa masa yang diperlukan itu singkat sahaja.
Berjayakah aku?


0 Comments