
Judul: Harimau Junior Mengaum!
Penulis: Wan Azlan Bin Wan Chik @ Wan Salleh (Wan Azlan)
Tebal: 168 ms
ISBN: 978-983-097-494-1
Kod: GB0278
Harga: RM11.00/ RM13.00
SINOPSIS
Ziyad mahu menjadi pemain bola sepak sehebat Lionel Messi. Namun dia
hanyalah seorang anak yatim yang tinggal di Rumah Kebajikan Baitul
Iman.
Akademi Harimau Junior terletak tidak jauh dari Rumah Kebajikan Baitul
Iman. Farhan, seorang pelatih di Akademi Harimau Junior belajar
sekelas dengan Ziyad di sekolah.
Ziyad mengagumi Farhan, yang menjadi penyerang berbisa Pasukan Harimau
Junior. Namun Farhan sangat sombong.
Ziyad bertekad mahu memasuki Akademi Harimau Junior. Dia dibantu rakan
karibnya, Emir membentuk dua pasukan bola sepak, iaitu Boercelona dan
Real Jamnapari untuk berlatih. Selain Ziyad dan Emir, pasukan
masing-masing dianggotai oleh kambing-kambing!
Ikuti kesudahan kisah Ziyad ini yang penuh dengan adegan lucu dan emosi.


0 Comments