
Judul: 20 Secret Recipe Mi Cina
Penulis: Chef Faizal Ng Abdullah
Jalilah Abdullah
Kod: GB243
ISBN: 978-983-097-303-6
Tebal: 64 ms
Harga: RM 17 / RM19
SINOPSIS
Chef Faizal Ng Abullah (CFN) telah mencurahkan segala rahsia keenakan resipi mi Cina popular di dalam 20 SECRET RECIPE MI CINA. Tiada ilmu masakan mi Cina yang disembunyikan. Bagi CFN inilah jariah yang bakal dibawanya apabila kembali kepada Allah. Harapannya agar ia menjadi ilmu bermanfaat untuk sama-sama dipelajari oleh umat Islam.
Tidak mudah untuk pakar-pakar memasak mendedahkan rahsia masakan masing-masing, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bukan daripada bangsa sendiri. Justeru, sebagai seorang Cina Muslim, CFN berasa bertanggungjawab berkongsi rahsia itu.
20 SECRET RECIPE MI CINA selain mengutarakan resipi daripada CFN, ia turut diberi sentuhan Islami oleh Jalilah Abdullah yang bergabung tenaga mengetengahkan tatacara penyediaan makanan yang dituntut syariat. Ia adalah cara menjemput keberkatan terhadap makanan yang disajikan untuk sesiapa sahaja.
Anda MESTI CUBA kesemua resipi mi Cina yang popular ini. Memang terbukti lazat!


0 Comments